KULTUM
Salman
dilahirkan dengan nama Persia, Rouzbeh, di kota Kazerun, Fars, Iran.
Ayahnya adalah seorang Dihqan (kepala) desa. Dia adalah orang terkaya
di sana dan memiliki rumah terbesar.
dilahirkan dengan nama Persia, Rouzbeh, di kota Kazerun, Fars, Iran.
Ayahnya adalah seorang Dihqan (kepala) desa. Dia adalah orang terkaya
di sana dan memiliki rumah terbesar.
Sesungguhnya
sesiapa yang mencari kebenaran, pasti akan menemuinya. Kisah ini adalah kisah
benar pengalaman seorang manusia mencari agama yang benar (hak), iaitu
pengalaman Salman Al Farisy
Marilah kita semak Salman menceritakan
pengalamannya selama mengembara mencari agama yang hak itu. Dengan ingatannya
yang kuat, ceritanya lebih lengkap, terperinci dan lebih terpercaya. seorang
sahabat Rasulullah saw.
Dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu
'Anhuma berkata, "Salman al-Farisi Radhiyallahu 'Anhu menceritakan
biografinya kepadaku dari mulutnya sendiri. Kata Salman, "Saya pemuda Parsi,
penduduk kota Isfahan, berasal dari desa Jayyan. Bapaku pemimpin Desa. Orang
terkaya dan berkedudukan tinggi di situ. Aku adalah insan yang paling disayangi
ayah sejak dilahirkan. Kasih sayang beliau semakin bertambah seiring dengan
peningkatan usiaku, sehingga kerana teramat sayang, aku dijaga di rumah seperti
anak gadis.
Aku mengabdikan diri dalam Agama Majusi
(yang dianut ayah dan bangsaku). Aku ditugaskan untuk menjaga api
penyembahan kami supaya api tersebut sentiasa menyala.
Ayahku memiliki kebun yang luas, dengan
hasil yang banyak Kerana itu beliau menetap di sana untuk mengawasi dan
memungut hasilnya. Pada suatu hari bapa pulang ke desa untuk menyelesaikan
suatu urusan penting. Beliau berkata kepadaku, "Hai anakku! Bapa sekarang
sangat sibuk. Kerana itu pergilah engkau mengurus kebun kita hari ini
menggantikan Bapa.''
Aku pergi ke kebun kami. Dalam perjalanan
ke sana aku melalui sebuah gereja Nasrani. Aku mendengar suara mereka sedang
sembahyang. Suara itu sangat menarik perhatianku.
Sebenarnya aku belum mengerti apa-apa
tentang agama Nasrani dan agama-agama lain. Kerana selama ini aku dikurung bapa
di rumah, tidak boleh bergaul dengan siapapun. Maka ketika aku mendengar suara
mereka, aku tertarik untuk masuk ke gereja itu dan mengetahui apa
yang sedang mereka lakukan. Aku kagum dengan cara mereka bersembahyang dan
ingin menyertainya.
Kataku, "Demi Allah! ini lebih bagus
daripada agama kami."Aku tidak berganjak dari gereja itu sehinggalah
petang. Sehingga aku terlupa untuk ke kebun.
Aku bertanya kepada mereka, "Dari mana
asal agama ini?"
"Dari Syam (Syria)," jawab
mereka.
Setelah hari senja, barulah aku pulang.
Bapa bertanyakan urusan kebun yang ditugaskan beliau kepadaku.
Jawabku, "Wahai, Bapa! Aku bertemu
dengan orang sedang sembahyang di gereja. Aku kagum melihat mereka sembahyang.
Belum pernah aku melihat cara orang sembahyang seperti itu. Kerana itu aku
berada di gereja mereka sampai petang."
Bapa menasihati akan perbuatanku itu.
Katanya, "Hai, anakku! Agama Nasrani itu bukan agama yang baik. Agamamu
dan agama nenek moyangmu (Majusi) lebih baik dari agama Nasrani itu!"
Jawabku, "Tidak! Demi Allah!
Sesungguhnya agama merekalah yang lebih baik dari agama kita."
Bapa khuatir dengan ucapanku itu. Dia takut
kalau aku murtad dari agama Majusi yang kami anuti. Kerana itu dia mengurungku
dan membelenggu kakiku dengan rantai.
Ketika aku beroleh kesempatan, kukirim
surat kepada orang-orang Nasrani minta tolong kepada mereka untuk memaklumkan
kepadaku andai ada kafilah yang akan ke Syam supaya memberitahu
kepadaku. Tidak berapa lama kemudian, datang kepada mereka satu kafilah yang
hendak pergi ke Syam. Mereka memberitahu kepadaku.
Maka aku berusaha untuk membebaskan diri
daripada rantai yang membelengu diriku dan melarikan diri bersama kafilah
tersebut ke Syam.
Sampai di sana aku bertanya kepada mereka,
"Siapa kepala agama Nasrani di sini?"
"Uskup yang menjaga "jawab
mereka.
Aku pergi menemui Uskup seraya berkata
kepadanya, "Aku tertarik masuk agama Nasrani. Aku bersedia menadi pelayan
anda sambil belajar agama dan sembahyang bersama-sama anda."
'Masuklah!" kata Uskup.
Aku masuk, dan membaktikan diri kepadanya
sebagai pelayan.
Setelah beberapa lama aku berbakti
kepadanya, tahulah aku Uskup itu orang jahat. Dia menganjurkan jama'ahnya
bersedekah dan mendorong umatnya beramal pahala. Bila sedekah mereka telah
terkumpul, disimpannya saja dalam perbendaharaannya dan tidak dibahagi-bahagikannya
kepada fakir miskin sehingga kekayaannya telah berkumpul sebanyak tujuh peti
emas.
Aku sangat membencinya kerana perbuatannya
yang mengambil kesempatan untuk mengumpul harta dengan duit sedekah kaumnya.
tidak lama kemudian dia meninggal. Orang-orang Nasrani berkumpul hendak
menguburkannya.
Aku berkata kepada mereka, 'Pendeta kalian
ini orang jahat. Dianjurkannya kalian bersedekah dan digembirakannya kalian
dengan pahala yang akan kalian peroleh. Tapi bila kalian berikan sedekah
kepadanya disimpannya saja untuk dirinya, tidak satupun yang diberikannya
kepada fakir miskin."
Tanya mereka, "Bagaimana kamu tahu
demikian?"
Jawabku, "Akan kutunjukkan kepada
kalian simpanannya."
Kata mereka, "Ya, tunjukkanlah kepada
kami!"
Maka kuperlihatkan kepada mereka
simpanannya yang terdiri dan tujuh peti, penuh berisi emas dan perak. Setelah
mereka saksikan semuanya, mereka berkata, "Demi Allah! Jangan dikuburkan
dia!"
Lalu mereka salib jenazah uskup itu,
kemudian mereka lempari dengan batu. Sesudah itu mereka angkat pendeta lain
sebagai penggantinya. Akupun mengabdikan diri kepadanya. Belum pernah kulihat
orang yang lebih zuhud daripadanya. Dia sangat membenci dunia tetapi sangat
cinta kepada akhirat. Dia rajin beribadat siang malam. Kerana itu aku sangat
menyukainya, dan lama tinggal bersamanya.
Ketika ajalnya sudah dekat, aku bertanya
kepadanya, "Wahai guru! Kepada siapa guru mempercayakanku seandainya guru
meninggal. Dan dengan siapa aku harus berguru sepeninggalan guru?"
Jawabnya, "Hai, anakku! Tidak seorang
pun yang aku tahu, melainkan seorang pendeta di Mosul, yang belum merubah dan
menukar-nukar ajaran-ajaran agama yang murni. Hubungi dia di sana!"
Maka tatkala guruku itu sudah meninggal,
aku pergi mencari pendeta yang tinggal di Mosul. Kepadanya kuceritakan
pengalamanku dan pesan guruku yang sudah meninggal itu.
Kata pendeta Mosul, "Tinggallah
bersama saya."
Aku tinggal bersamanya. Ternyata dia
pendeta yang baik. Ketika dia hampir meninggal, aku berkata kepada nya,
"Sebagaimana guru ketahui, mungkin ajal guru sudah dekat. Kepada siapa
guru mempercayai seandainya guru sudah tiada?"
Jawabnya, "Hai, anakku! Demi Allah!
Aku tak tahu orang yang seperti kami, kecuali seorang pendeta di Nasibin.
Hubungilah dia!"
Ketika pendeta Mosul itu sudah meninggal,
aku pergi menemui pendeta di Nasibin. Kepadanya kuceritakan pengalamanku serta
pesan pendeta Mosul.
Kata pendeta Nasibin, "Tinggallah
bersama kami!"
Setelah aku tinggal di sana, ternyata
pendeta Nasibin itu memang baik. Aku mengabdi dan belajar dengannya sehinggalah
beliau wafat. Setelah ajalnya sudah dekat, aku berkata kepadanya, "Guru
sudah tahu perihalku maka kepada siapa harusku berguru seandainya guru
meninggal?"
Jawabnya, "Hai, anakku! Aku tidak tahu
lagi pendeta yang masih memegang teguh agamanya, kecuali seorang pendeta yang
tinggal di Amuria. Hubungilah dia!"
Aku pergi menghubungi pendeta di Amuria
itu. Maka kuceritakan kepadanya pengalamanku.
Katanya, "Tinggallah bersama kami!
Dengan petunjuknya, aku tinggal di sana
sambil mengembala kambing dan sapi. Setelah guruku sudah dekat pula ajalnya,
aku berkata kepadanya, "Guru sudah tahu urusanku. Maka kepada siapakah
lagi aku akan anda percayai seandainya guru meninggal dan apakah yang
harus kuperbuat?"
Katanya, "Hai, anakku! Setahuku tidak
ada lagi di muka bumi ini orang yang berpegang teguh dengan agama yang murni
seperti kami. Tetapi sudah hampir tiba masanya, di tanah Arab akan muncul
seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama Nabi Ibrahim.
Kemudian dia akan berpindah ke negeri yang
banyak pohon kurma di sana, terletak antara dua bukit berbatu hitam. Nabi itu
mempunyai ciri-ciri yang jelas. Dia mahu menerima dan memakan hadiah, tetapi
tidak mahu menerima dan memakan sedekah. Di antara kedua bahunya terdapat tanda
kenabian. Jika engkau sanggup pergilah ke negeri itu dan temuilah dia!"
Setelah pendeta Amuria itu wafat, aku masih
tinggal di Amuria, sehingga pada suatu waktu segerombolan saudagar Arab dan
kabilah "Kalb" lewat di sana. Aku berkata kepada mereka, "Jika
kalian mahu membawaku ke negeri Arab, aku berikan kepada kalian semua sapi dan
kambing-kambingku."
Jawab mereka, "Baiklah! Kami bawa
engkau ke sana."
Maka kuberikan kepada mereka sapi dan
kambing peliharaanku semuanya. Aku dibawanya bersama-sama mereka. Sesampainya
kami di Wadil Qura aku ditipu oleh mereka. Aku dijual kepada seorang Yahudi.
Maka dengan terpaksa aku pergi dengan Yahudi itu dan berkhidmat kepadanya
sebagai hamba. Pada suatu hari anak saudara majikanku datang mengunjunginya,
iaitu Yahudi Bani Quraizhah, lalu aku dibelinya daripada majikanku.
Aku berpindah ke Yastrib dengan
majikanku yang baru ini. Di sana aku melihat banyak pohon kurma seperti yang
diceritakan guruku, Pendeta Amuria. Aku yakin itulah kota yang dimaksud guruku
itu. Aku tinggal di kota itu bersama majikanku yang baru.
Ketika itu Nabi yang baru diutus sudah
muncul. Tetapi baginda masih berada di Makkah menyeru kaumnya. Namun begitu aku
belum mendengar apa-apa tentang kehadiran serta da'wah yang baginda sebarkan
kerana aku terlalu sibuk dengan tugasku sebagai hamba.
Tidak berapa lama kemudian, Rasulullah saw.
berpindah ke Yastrib. Demi Allah! Ketika itu aku sedang berada di puncak pohon
kurma melaksanakan tugas yang diperintahkan majikanku. Dan majikanku itu duduk
di bawah pohon. Tiba-tiba datang anak saudaranya mengatakan, "Biar mampus
Bani Qaiah!( kabilah Aus dan Khazraj) Demi Allah! Sekarang mereka berkumpul di
Quba' menyambut kedatangan lelaki dari Makkah yang mendakwa dirinya Nabi."
Mendengar ucapannya itu badanku terasa
panas dingin seperti demam, sehingga aku menggigil kerananya. Aku kuatir akan
jatuh dan tubuhku akan menimpa majikanku. Aku segera turun dari puncak ponon,
lalu bertanya kepada tamu itu, "Apa kabar anda? Cubalah khabarkan kembali
kepadaku!"
Majikanku marah dan memukulku seraya
berkata, "Ini bukan urusanmu! Kerjakan tugasmu kembali!"
Keesokannya aku mengambil buah kurma
seberapa banyak yang mampu kukumpulkan. Lalu kubawa ke hadapan Rasulullah saw..
Kataku "Aku tahu tuan orang soleh.
Tuan datang bersama-sama sahabat tuan sebagai perantau. Inilah
sedikit kurma dariku untuk sedekahkan kepada tuan. Aku lihat tuanlah yang lebih
berhak menerimanya daripada yang lain-lain." Lalu aku hulurkan kurma itu
ke hadapannya.
Baginda berkata kepada para sahabatnya,
"silakan kalian makan,...!" Tetapi baginda tidak menyentuh sedikit
pun makanan itu apalagi untuk memakannya.
Aku berkata dalam hati, "Inilah satu
di antara ciri cirinya!"
Kemudian aku pergi meninggalkannya dan
kukumpulkan pula sedikit demi sedikit kurma yang terdaya kukumpulkan. Ketika
Rasulullah saw. pindah dari Quba' ke Madinah, kubawa kurma itu kepada baginda.
Kataku, "Aku lihat tuan tidak mahu
memakan sedekah. Sekarang kubawakan sedikit kurma, sebagai hadiah untuk
tuan."
Rasulullah saw. memakan buah kurma yang
kuhadiahkan kepadanya. Dan baginda mempersilakan pula para sahabatnya makan
bersama-sama dengannya. Kataku dalam hati, "ini ciri kedua!"
Kemudian kudatangi baginda di Baqi', ketika
baginda menghantar jenazah sahabat baginda untuk dimakamkan di sana. Aku
melihat baginda memakai dua helai kain. Setelah aku memberi salam kepada
baginda, aku berjalan mengekorinya sambil melihat ke belakang baginda untuk
melihat tanda kenabian yang dikatakan guruku.
Agaknya baginda mengetahui maksudku. Maka
dijatuhkannya kain yang menyelimuti belakangnya, sehingga aku melihat dengan
jelas tanda kenabiannya.
Barulah aku yakin, dia adalah Nabi yang
baru diutus itu. Aku terus memeluk bagindanya, lalu kuciumi dia sambil
menangis.
Tanya Rasulullah, "Bagaimana khabar
Anda?"
Maka kuceritakan kepada beliau seluruh
kisah pengalamanku. Beliau kagum dan menganjurkan supaya aku menceritakan pula
pengalamanku itu kepada para sahabat baginda. Lalu kuceritakan pula kepada
mereka. Mereka sangat kagum dan gembira mendengar kisah pengalamanku.
Berbahagilah Salman Al-Farisy yang telah
berjuang mencari agama yang hak di setiap tempat. Berbahagialah Salman yang
telah menemukan agama yang hak, lalu dia iman dengan agama itu dan memegang
teguh agama yang diimaninya itu. Berbahagialah Salman pada hari kematiannya,
dan pada hari dia dibangkitkan kembali kelak.
Salman sibuk bekerja sebagai hamba. Dan
kerana inilah yang menyebabkan Salman terhalang mengikuti perang Badar dan
Uhud. "Rasulullah saw. suatu hari bersabda kepadaku, "Mintalah kepada
majikanmu untuk bebas, wahai Salman!" Maka majikanku membebaskan aku dengan
tebusan 300 pohon kurma yang harus aku tanam untuknya dan 40 uqiyah.
Kemudian Rasulullah saw. mengumpulkan para
sahabat dan bersabda, "Berilah bantuan kepada saudara kalian ini."
Mereka pun membantuku dengan memberi pohon (tunas) kurma. Seorang sahabat ada
yang memberiku 30 pohon, atau 20 pohon, ada yang 15 pohon, dan ada yang 10
pohon, setiap orang sahabat memberiku pohon kurma sesuai dengan kadar kemampuan
mereka, sehingga terkumpul benar-benar 300 pohon.
Setelah terkumpul Rasulullah saw. bersabda
kepadaku, "Berangkatlah wahai Salman dan tanamlah pohon kurma itu untuk
majikanmu, jika telah selesai datanglah kemari aku akan meletakkannya di
tanganku."
Aku pun menanamnya dengan dibantu para
sahabat. Setelah selesai aku menghadap Rasulullah saw. dan memberitahukan perihalku,
Kemudian Rasulullah saw. keluar bersamaku menuju kebun yang aku tanami itu.
Kami dekatkan pohon (tunas) kurma itu kepada baginda dan
Rasulullah saw. pun meletakkannya di tangan baginda. Maka, demi jiwa
Salman yang berada di tanganNya, tidak ada sebatang pohon pun yang mati.
Untuk tebusan pohon kurma sudah dipenuhi,
aku masih mempunyai tanggungan wang sebesar 40 uqiyah. Kemudian
Rasulullah saw. membawa emas sebesar telur ayam hasil dari rampasan
perang. Lantas baginda bersabda, "Apa yang telah dilakukan
Salman al-Farisi?"
Kemudian aku dipanggil baginda, lalu
baginda bersabda, "Ambillah emas ini, gunakan untuk melengkapi
tebusanmu wahai Salman!"
"Wahai Rasulullah saw., bagaimana
status emas ini bagiku? Soalku inginkan kepastian daripada baginda.
Rasulullah menjawab, "Ambil saja!
Insya Allah, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan memberi kebaikan kepadanya."
Kemudian aku menimbang emas itu. Demi jiwa Salman yang berada di tanganNya,
berat ukuran emas itu 40 uqiyah. Kemudian aku penuhi tebusan yang harus aku
serahkan kepada majikanku, dan aku dimerdekakan.
Setelah itu aku turut serta bersama
Rasulullah saw. dalam perang Khandaq, dan sejak itu tidak ada satu peperangan
yang tidak aku ikuti.'
(HR. Ahmad, 5/441; ath-Thabrani dalam
al-Kabir(6/222); lbnu Sa'ad dalamath-Thabagat, 4/75; al-Balhaqi dalam al-kubra,
10/323.
Setelah itu aku turut serta bersama
Rasulullah saw. dalam perang Khandaq, dan sejak itu tidak ada satu peperangan
yang tidak aku ikuti.'
(HR. Ahmad, 5/441; ath-Thabrani dalam
al-Kabir(6/222); lbnu Sa'ad dalamath-Thabagat, 4/75; al-Balhaqi dalam al-kubra,
10/323.
Komentar